Pages in topic:   < [1 2]
mari kita bincang perkara2 berkaitan dgn kadar
Thread poster: yam2u
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 23:05
Member (2004)
English to Malay
+ ...
kalau semua penterjemah bersatu Feb 28, 2008

Aniza wrote:
Cuma, saya masih merasakan, jika kesemua penterjemah bersatu dan menerima satu kadar paling rendah yang berbaloi, mungkin kita boleh sama-sama menamatkan sikap atau perbuatan agensi memberikan kadar yang sedemikian rupa.


aniza, tak boleh, sebab tak adil bagi penterjemah yang TIDAK berpengalaman macam aniza. kalau kita semua letak harga yang sama, baik penterjemah baru mahupun yang sudah berpengalaman, siapa agaknya yang akan mendapat tugasan tu? tentulah klien akan memilih yang lebih berpengalaman. jadi, penterjemah yang berpengalaman saja yang asyik-asyik ditawarkan kerja manakalah yang baru tak akan dapat menjadi penterjemah yang berpengalaman pun kerana tidak akan berpeluang mendapat pengalaman.

aniza sendiri sedang melaluinya sekarang kan? kalau aniza letak harga tinggi, tentu kalah dengan abang kakak yang lain.

saya rasa tiada cara selain mengikuti saja perjalanan biasa, iaitu dapatkan pengalaman dengan kerja yang murah, kemudian beransur-ansur alih kepada pelanggan yang lebih mahal. proses ini memang memerlukan kita menggugurkan pelanggan yang ada satu-persatu dan sentiasa mencari pelanggan baru yang sanggup membayar lebih tinggi.


 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 23:05
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Saya rasa bukan tak boleh langsung... Feb 28, 2008

Memang tak adil... tapi rasanya, memang akan ada pros & consnya tapi dalam forum ini juga dan rasanya dalam forum berenang & menyelam tu, klien rasa lebih berbaloi berikan tugasan terjemahan kepada penterjemah handalan jika bila dibuat suntingan, pengedit handalan kena buat semula terjemahan.

Maka, klien yang tak nak buat kerja berulang-ulang, dia cari yang handal meskipun harganya mahal. Bila dia nak jimat kos, dia cari yang pali
... See more
Memang tak adil... tapi rasanya, memang akan ada pros & consnya tapi dalam forum ini juga dan rasanya dalam forum berenang & menyelam tu, klien rasa lebih berbaloi berikan tugasan terjemahan kepada penterjemah handalan jika bila dibuat suntingan, pengedit handalan kena buat semula terjemahan.

Maka, klien yang tak nak buat kerja berulang-ulang, dia cari yang handal meskipun harganya mahal. Bila dia nak jimat kos, dia cari yang paling murah. Tetapi tidaklah semurah mana. Entahlah, susahlah nak cakap. Macam boleh, tapi tak boleh. Cuma, yang hendak dimaksudkan, kadang-kadang, bila kita pergi ke pekan sari, nak tanya harga satu barang, seantero pekan sari tetapkan harga yang sama. Nak minta tawar pun tengoklah pada siapa. Lebih kurang macam itulah Kak Mona. Persetujuan yang macam tak bersetuju tapi itulah kadarnya.

Jadi macam harga gula dengan tepung... umpamanya... mana-mana pergi pun, harganya lebih kurang begitu jugak. Kalau ke Tesco atau Giant atau Carrefour yang mungkin lah kurang 5 sen sekilo. Tapi ini pun, mesti ada penyebab dia kan?

Namun, jika itulah caranya untuk meningkat, itulah dia. Kena usahalah hingga berjaya. Cuma, semurah manakah yang kita hendak demi mendapat pengalaman, itu sekarang persoalannya. Adakah semurah 4cent (kalau 5cent pun macam OK lagi, ini 4cent, aduhhhh!!!) yang nyata akan membuat para klien Asian terus-terusan memberi kadar sedemikian kepada para penterjemah atau... entahlah...
Collapse


 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 23:05
Member (2004)
English to Malay
+ ...
pekan sari lain Feb 28, 2008

Aniza wrote:
Cuma, yang hendak dimaksudkan, kadang-kadang, bila kita pergi ke pekan sari, nak tanya harga satu barang, seantero pekan sari tetapkan harga yang sama. Nak minta tawar pun tengoklah pada siapa. Lebih kurang macam itulah Kak Mona. Persetujuan yang macam tak bersetuju tapi itulah kadarnya.

Jadi macam harga gula dengan tepung... umpamanya... mana-mana pergi pun, harganya lebih kurang begitu jugak. Kalau ke Tesco atau Giant atau Carrefour yang mungkin lah kurang 5 sen sekilo. Tapi ini pun, mesti ada penyebab dia kan?


di pekan sari aniza, barangnya SAMA. kalau beli gula/tepung kat tesco ke kat giant ke kita dpt gula juga. khidmat penterjemah lain2.


 
Siti Hajar Baharuddin
Siti Hajar Baharuddin  Identity Verified
Malaysia
Local time: 23:05
English to Malay
Tak senang duduk... Feb 28, 2008

Salam,

Aniza, tak senang duduk saya nak bekerja membaca entri Aniza, May dan Ramona.

Beginilah, kata bos saya waktu saya menjaja kursus bahasa Linguaphone dahulu, "Kalau orang itu tak mau beli, orang lain akan beli."

Kalau Aniza beli buku Secret yang Shakirah katakan itupun, Aniza tak akan dapat apa-apa jika Aniza terus memikirkan dalam kepala 0.04 ini. (Sebenarnya tak payah beli, dalam internet melambak tentang konsep itu yang boleh didapati secara percu
... See more
Salam,

Aniza, tak senang duduk saya nak bekerja membaca entri Aniza, May dan Ramona.

Beginilah, kata bos saya waktu saya menjaja kursus bahasa Linguaphone dahulu, "Kalau orang itu tak mau beli, orang lain akan beli."

Kalau Aniza beli buku Secret yang Shakirah katakan itupun, Aniza tak akan dapat apa-apa jika Aniza terus memikirkan dalam kepala 0.04 ini. (Sebenarnya tak payah beli, dalam internet melambak tentang konsep itu yang boleh didapati secara percuma).

Dan sewaktu saya cuba-cuba masuk MLM dulu, kata upline saya, "Jika kita asyik memikirkan tentang satu prospek yang kata tak mau, itu maknanya senarai prospek kita terlalu pendek."

Jadi Aniza, fikirkan dalam-dalam apa yang saya katakan ini. Sebagai seorang lulusan pengajian perniagaan dan juga pernah membina produk untuk Celcom,tentu Aniza faham apa yang saya suruh buat.

Salam,
Siti Hajar

Sudah- sudahlah ya, saya perlu hantar tugasan ni hari ni.
Collapse


 
Aniza Borhan
Aniza Borhan  Identity Verified
Malaysia
Local time: 23:05
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Maaf... Feb 28, 2008



Seronok menggodam "pasaran" yang ini.

Maaf Siti, kalau menjadi gangguan. Terkenang pula, waktu buat produk dan cuba buat "gangguan pasaran", jika terma ini boleh diterima......
See more


Seronok menggodam "pasaran" yang ini.

Maaf Siti, kalau menjadi gangguan. Terkenang pula, waktu buat produk dan cuba buat "gangguan pasaran", jika terma ini boleh diterima..., jangan marah ya...

Dah tak jadi hal dah...

Saya terima ini sebagai salah satu cara untuk "bermesra" dengan para penterjemah handalan... saya belum pandai berenang... menyelam apatah lagi... masih perlu guna pelampung...

Tak tanya, tak tahu... tak turut serta, rugi dahulu...

Dah... tak nak kacau dah... nanti ada orang tak boleh buat kerja sebab dapat alert melalui e-mel mereka lagi... Lainlah saya...

Tapi Kak May, nanti tak ceria lah... jika forum tak bertali arus lagi... Nak mulakan topik baru?
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
tanggapan tak realistik Feb 28, 2008

Ramona Ali wrote: kalau beli gula/tepung kat tesco ke kat giant ke kita dpt gula juga. khidmat penterjemah lain2.


mona,

aniza buat perbandingan yang tak kena itu satu hal, tapi alasan nak minta semua penterjemah bersetuju letak harga dasar yg sama itu yg buat saya ternganga.

nampaknya masih ada yang buat tanggapan tak betul seperti berikut ini:

1) khidmat terjemahan, oleh kerana sama, tidak ada perbezaan mutu dan penterjemah tidak ada perbezaan kemahiran.

2) penterjemah BM, atas nama berkawan, tidak bersaing!

3) kelemahan sesetengah penterjemah BM dalam mengendali perniagaan dan dalam berunding kadar dgn bakal klien mereka harus ditanggung oleh seluruh komuniti penterjemah BM.

4) perletakan kadar bergantung atas pembeli semata2.

selepas apa yg kita cuba beritahu sejak tiga empat hari ini, tanggapan begini buat saya jadi malas nak ulang butir2 yg sama. sesapa yg don't gedit, nasiblah!

pada saya kalau "basic premise" dan "big picture" pun tak boleh nampak, macam mana nak bincang isu2 lebih konkrit atau lebih membantu seperti: bagaimana cara nak meletak kadar yg realisitik pasaran, seterusnya bila/bagaimana nak menaikkan/menukar kadar, patutkah diberi kadar lebih rendah utk padanan fuzzy bagi mereka yg guna CAT, apakah implikasi jangka panjang kpd pasaran terjemahan jika penterjemah terus menyediakan dua set kadar, tempatan dan antarabangsa, dsb.

bila saya ajak bincang ttg kadar, saya memang sedia utk beri dua sen saya ttg isu2 pendekatan perniagaan berlandaskan pengalaman saya sendiri. mona dan kekawan lain pun sama, saya rasa. tapi biarlah bincang perkara2 yg konkrit, bukan benda2 wooly.

hisyam ada cadang supaya mengecaj dlm RM. itu isu menarik dibualkan, tapi kerana dia langsung tak beri sebab mengapa dia rasa langkah itu sesuatu yg viable, nak bincang apa? sekurang2nya berilah sebab mengapa buat usul itu.

lagi satu, saya harap semua orang anggap ini perbincangan antara peers. tak payahlah timbul soal rasa macam kena hentam. ataupun, jika rasa begitu dan rasa hentaman itu tak ada justifikasi, tidak ada sebab tak boleh hentam balas. itu adat berdebat. berdebat tidak bererti bertengkar.

-may-



[Edited at 2008-02-28 20:13]


 
Muhammad Razin Ong Abdullah
Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 23:05
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Kadar Harga Wang Dunia Feb 28, 2008

Semua yang kita debatkan ini berkisar di arena dunia material. Ada yang mengukur kehandalan pesaingnya dengan berapa RM yang berjaya dikumpulkan. Timbullah rasa tidak puas hati, kedengkian dan sebagainya. Bagaimana pula tentang kepuasan bekerja? Hilang ke manakah minat anda? Yakinkah anda dengan penentuan rezeki yang diturunkan oleh Maha Kuasa? Apakah ilmu yang disampaikan tidak diambil kira olehNya? Sekian. Am I too loud?

 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 23:05
Member (2004)
English to Malay
+ ...
Tak berapa faham Feb 28, 2008

Muhammad Razin Ong Abdullah wrote:
Semua yang kita debatkan ini berkisar di arena dunia material. Ada yang mengukur kehandalan pesaingnya dengan berapa RM yang berjaya dikumpulkan. Timbullah rasa tidak puas hati, kedengkian dan sebagainya.


sdr razin, malangnya di dunia sebenar, handal atau tidak handal tidak terletak pada penguasaan bahasa sahaja. saya rasa berapa RM yang berjaya dikumpulkan lebih banyak bergantung pada kepandaian kita mencari pelanggan, mempromosikan khidmat dan meletak harga. jangan lupa, nasib juga berperanan.

yang lain-lain tu saya tak fahamlah. apa maksud sdr sebenarnya?


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
sudilah jenguk topik baru Mar 1, 2008

di:

http://www.proz.com/topic/98521

-may-


 
Pages in topic:   < [1 2]


There is no moderator assigned specifically to this forum.
To report site rules violations or get help, please contact site staff »


mari kita bincang perkara2 berkaitan dgn kadar






Trados Studio 2022 Freelance
The leading translation software used by over 270,000 translators.

Designed with your feedback in mind, Trados Studio 2022 delivers an unrivalled, powerful desktop and cloud solution, empowering you to work in the most efficient and cost-effective way.

More info »
Anycount & Translation Office 3000
Translation Office 3000

Translation Office 3000 is an advanced accounting tool for freelance translators and small agencies. TO3000 easily and seamlessly integrates with the business life of professional freelance translators.

More info »