projek besar - lebih suka tangani sendiri atau bersama bantuan?
Thread poster: yam2u
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
Mar 1, 2008

untuk tujuan perbincangan, marilah kita kata...

- projek besar ialah yang mempunyai tidak kurang drp 20k perkataan

- kita diberi klien tempoh serahan yg memerlukan kita menterjemah kira-kira 2,500 perkataan setiap hari kerja (hari minggu tak kira).

kalau anda ada pilihan, adakah anda lebih suka buat tugasan ini seorang diri atau suka dapatkan bantuan pasukan?

saya ingin tahu sebab saya ini termasuk orang yg suka kerja sendiri dan hanya melibat
... See more
untuk tujuan perbincangan, marilah kita kata...

- projek besar ialah yang mempunyai tidak kurang drp 20k perkataan

- kita diberi klien tempoh serahan yg memerlukan kita menterjemah kira-kira 2,500 perkataan setiap hari kerja (hari minggu tak kira).

kalau anda ada pilihan, adakah anda lebih suka buat tugasan ini seorang diri atau suka dapatkan bantuan pasukan?

saya ingin tahu sebab saya ini termasuk orang yg suka kerja sendiri dan hanya melibatkan diri dlm terjemahan berpasukan jika pasukan itu kemahuan pelanggan dan telah dikumpulkan oleh pelanggan sendiri.

alasan saya ialah saya ini agak cerewet. dari pengalaman saya dlm korporat, saya memang tahu benar ttg tekanan yg boleh menghantu saya jika saya terpaksa memantau kerja org lain. apa saja yang saya kena letak cap mohor saya, saya terus jadi "control freak". itulah sebabnya saya lebih suka kerja sendiri. saya rasa lebih senang kawal mutu tanpa menyeksa atau mencederakan org lain.

lantaran di atas jugalah saya tidak akan menerima tugasan besar yg tidak memberi rangka masa yg sesuai dgn kelajuan saya bekerja.

bagaimana dgn anda?

-may-
Collapse


 
Hipyan Nopri
Hipyan Nopri  Identity Verified
Indonesia
Local time: 04:14
Member (2005)
English to Indonesian
+ ...
Lebih Suka Sendiri Mar 1, 2008

yam2u wrote:
kalau anda ada pilihan, adakah anda lebih suka buat tugasan ini seorang diri atau suka dapatkan bantuan pasukan?


Hai, May. Kalau memungkinkan, saya lebih memilih untuk mengerjakan order sendiri saja tanpa keikutsertaan penerjemah lain. Hal ini didasari oleh tiga pertimbangan - untuk menjaga mutu, kelancaran kerja, dan tentu saja duit yang bakal didapat lebih banyak.

Salam dari Padang, Sumatera Barat, yang pagi ini setengah cerah

Hipyan


 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 05:14
Member (2004)
English to Malay
+ ...
lebih suka buat sendiri tapi... Mar 1, 2008

saya pun lebih suka buat sendiri kerana:
- saya pun cerewet
- tak perlu ada tugas tambahan membahagi kerja, menghantar, membayar orang +++
- tak perlu risau sama ada penterjemah dapat menghantar bahagiannya pada tarikh yang ditetapkan
- kalau pelanggan tak bayar, tak perlu tanggung kerugian selain masa dan titik peluh sendiri kerana kita masih perlu bayar orang

tapi secara realitinya, saya memang tak terbuat sendiri tugas yang besar-besar begini jadi mahu ata
... See more
saya pun lebih suka buat sendiri kerana:
- saya pun cerewet
- tak perlu ada tugas tambahan membahagi kerja, menghantar, membayar orang +++
- tak perlu risau sama ada penterjemah dapat menghantar bahagiannya pada tarikh yang ditetapkan
- kalau pelanggan tak bayar, tak perlu tanggung kerugian selain masa dan titik peluh sendiri kerana kita masih perlu bayar orang

tapi secara realitinya, saya memang tak terbuat sendiri tugas yang besar-besar begini jadi mahu atau tidak terpaksalah mengupah penterjemah lain. selepas beberapa kali bekerja begini, saya pun sedar sebenarnya ada banyak kelebihan:
- kerja siap dengan lebih cepat
- mutu kerja lebih baik kerana ada orang kedua menyemaknya (kita memang tak nampak kesilapan sendiri)
- kalaupun tiada kesilapan, ada kalanya orang lain mendapat pemahaman yang berlainan daripada teks yang sama jadi kita menemui bahagian-bahagian yang samar-samar maksudnya dan melalui perbincangan, kita dapat memahami maksud sebenar teks dan menterjemahkannya dengan cara yang paling sesuai (kalau kita sendiri yang membacanya, kita akan nampak dari sudut pandangan kita sendiri sahaja)
- selepas selesainya setiap projek, saya pasti dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada penterjemah itu, misalnya saya mendapat sedikit pengetahuannya, atau saya tiru gaya terjemahannya atau pilihan perkataannya yang saya suka
- bekerja beramai-ramai lebih menyeronokkan

masalah ketidakseragaman gaya tidak akan timbul kalau kita selalu bekerja dengan para penterjemah yang sama kerana masing-masing sudah biasa dengan gaya saya.

masalah ketidakseragaman istilah juga tidak timbul kerana saya seorang sahaja yang akan menyemak teks muktamad sebelum dihantar.

masalah terpaksa menanggung kerugian kalau pelanggan tidak membayar pun tidak sepatutnya timbul kalau kita memilih pelanggan dengan teliti.

asalkan kita memahami satu sama lain, kita akan dapat bekerja dengan muhibah dan semua orang pun untung, dengan syarat:
- kita sebagai pemberi kerja mestilah memberikan masa yang berpatutan kepada setiap penterjemah untuk menyiapkan bahagiannya
- kita capai persetujuan dengan penterjemah tentang kadar bayaran dan waktu kita akan membayarnya dan apabila tiba waktunya, kita bayar pada kadar yang telah dijanjikan, walaupun kita sendiri belum menerima bayarannya atau tidak menerima bayarannya langsung
- penterjemah mestilah menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan
- penterjemah mestilah cuba mengikuti gaya terjemahan pemberi kerja (selepas disunting, saya biasanya akan menghantar teks muktamad itu balik kepada penterjemah dan meminta dia untuk menyemaknya supaya tahu kehendak saya dan juga kalau-kalau saya yang membuat kesilapan semasa menyunting)

[Edited at 2008-03-01 04:20]
Collapse


 
Ramona Ali
Ramona Ali  Identity Verified
Local time: 05:14
Member (2004)
English to Malay
+ ...
di sini juga pagi setengah cerah Mar 1, 2008

Hipyan Nopri wrote:
Hal ini didasari oleh tiga pertimbangan - untuk menjaga mutu, kelancaran kerja, dan tentu saja duit yang bakal didapat lebih banyak.
Hipyan


salam, hipyan. sebenarnya saya dapati duitnya lebih banyak setelah saya mula bekerja secara berkumpulan kerana saya mampu mengendalikan beberapa projek yang besar-besar pada satu masa. saya tidak lagi menterjemah sendiri, kecuali bagi tugas-tugas kecil (yang kurang daripada 2,000 perkataan). kerja saya cuma menyemak untuk menjamin mutu yang sama. selain itu, masa saya hari-hari banyak dihabiskan untuk menjawab e-mel, menghantar sebut harga, menghantar invois, melayani permintaan susulan selepas projek, mengendalikan akaun dan kerja pentadbiran seperti ini. asalkan kita letak harga yang cukup tinggi , kita mampu membayar penterjemah pada kadar yang cukup baik (saya bayar penterjemah saya lebih daripada US$0.05) dan masih mampu menyimpan untung yang setimpal dengan peranan kita sebagai penanggung risiko, pemilik laman web, pemasar dan sebagainya.

[Edited at 2008-03-01 03:44]


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
di sini baru selesai salji tipis Mar 1, 2008

Hipyan Nopri wrote: Salam dari Padang, Sumatera Barat, yang pagi ini setengah cerah Hipyan


Ramona Ali wrote: di sini juga pagi setengah cerah


salam dari seberang dunia, hipyan dan mona.

dekat luar seperti baru lepas ditabur gula aising.

mona,

bila dengar rincian mona ttg kelebihan mempunyai pasukan terjemahan sendiri, tertarik juga saya.

tapi yg saya tak sanggup tugas2 tambahan a la pengurus projek tu. jadi buat masa ini saya lebih senang sendirian berhad -- literally.

-may-

[Edited at 2008-03-01 03:43]


 
Naim Jalil
Naim Jalil
Malaysia
Local time: 05:14
Malay to English
+ ...
Sudah Terlepas Keretapi Jul 9, 2008

Maaf, terlewat untuk turut serta dalam forum ini. nampaknya masih belum ditutup untuk saya mengutarakan pendapat.

Dengarnya di Malaysia, ITNM sedang buat projek terjemahan bersama. Seorang ketua penterjemah mengetuai sekumpulan penterjemah 'muda' menterjemah karya-karya klasik. mungkin, penterjemah-penterjemah yang dah 'otai' boleh brush-up penterjemah baru melalui kaedah ini. Kita dapat kongsi pendapatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan. Ini juga satu cara untuk kita memantapkan ma
... See more
Maaf, terlewat untuk turut serta dalam forum ini. nampaknya masih belum ditutup untuk saya mengutarakan pendapat.

Dengarnya di Malaysia, ITNM sedang buat projek terjemahan bersama. Seorang ketua penterjemah mengetuai sekumpulan penterjemah 'muda' menterjemah karya-karya klasik. mungkin, penterjemah-penterjemah yang dah 'otai' boleh brush-up penterjemah baru melalui kaedah ini. Kita dapat kongsi pendapatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan. Ini juga satu cara untuk kita memantapkan martabat bahasa. barulah agensi tak pandang rendah pada kita, konon bahasa kita bahasa kelas ketiga.

rujuk forum http://www.proz.com/topic/97732

Apa-apa pun, berkerja dalam kumpulan memberi impak yang berbeza berbanding dengan berkerja sendiri. Yang utama, bagaimana ketua membawa kumpulannya mencapai matlamat yang sama.
Collapse


 
yam2u
yam2u  Identity Verified
United States
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
BM = bahasa kelas eksotik Jul 9, 2008

naimjalil wrote:

Ini juga satu cara untuk kita memantapkan martabat bahasa. barulah agensi tak pandang rendah pada kita, konon bahasa kita bahasa kelas ketiga.



Saya setuju benar dgn Naim tentang forum begini boleh membantu memantapkan mertabat bahasa kita. Tetapi bukan sahaja untuk kedudukannya di pasaran tetapi di kalangan penterjemah BM sendiri. Rasa saya ramai penterjemah BM yg masuk ke gelanggang tidak terlebih dahulu menyelidik tentang pasaran terjemahan BM.

Agensi terjemahan yg maklum dan berwibawa tidak menganggap bahasa kita bahasa kelas ketiga. Sebaliknya dalam industri penterjemahan, BM terjumlah dalam golongan bahasa eksotik, golongan yg kadarnya bayarannya adalah tinggi. Percayalah, saya sudah menterjemah lebih drp 14 tahun dengan perletakan kadar yg premium (mengikut kadar pasaran terjemahan antarabangsa) dan langganan yang saya terima adalah memuaskan.

Tetapi memang ada agensi yang membuat tawaran picisan bagi terjemahan BM. Malah bagi mana2 pasangan bahasa jua. Itu biasalah. Malangnya perlakuan begini terhadap BM oleh agensi tidak bertanggungjawab disambut dan dilayani oleh sesetengah penterjemah BM sendiri.

Mungkin kerana mereka tidak mahu terlepas tugasan, tetapi ini merupakan langkah yg, pada jangka panjangnya, tidak bijak. Bukan sahaja perbuatan ini memendapkan kadar dan seterusnya akan memusnahkan pasaran BM keseluruhan, tetapi penterjemah tersebut akan mendapati hampir mustahil untuk dia menaikkan kadarnya dgn pelanggan yg sama (atau dgn pelanggan lain yg tahu dia boleh dibayar kadar bawah pasaran) apabila dia sedar yg kadarnya adalah tidak setaraf langsung dengan apa yang penterjemah lain dapat.

Kesudahannya penterjemah yg menerima harga rendah akan terpaksa bekerja lebih teruk utk menjana bayaran yg sama dgn sejawat yg menerima kadar yg lebih mencerminkan kadar pasaran.

Bersama-samalah kita menjaga martabat pasangan terjemahan BM!

-may-


 


There is no moderator assigned specifically to this forum.
To report site rules violations or get help, please contact site staff »


projek besar - lebih suka tangani sendiri atau bersama bantuan?






TM-Town
Manage your TMs and Terms ... and boost your translation business

Are you ready for something fresh in the industry? TM-Town is a unique new site for you -- the freelance translator -- to store, manage and share translation memories (TMs) and glossaries...and potentially meet new clients on the basis of your prior work.

More info »
Protemos translation business management system
Create your account in minutes, and start working! 3-month trial for agencies, and free for freelancers!

The system lets you keep client/vendor database, with contacts and rates, manage projects and assign jobs to vendors, issue invoices, track payments, store and manage project files, generate business reports on turnover profit per client/manager etc.

More info »